dah lama kak enon tak dapat meng'up-date' blog di sebabkan keterbatasan masa. ye lah sibuk dengan tugas-tugas luar, lari ke sana kemari. memang tak menang kaki hi hi hi. bagaimana pun kak enon tetap tak akan melupakan pembaca setia blog akak ni (cewahh).
apa yang menarik perhatian kak enon ialah isu yb keluar parti yang diperkatakan sekarang di kedah. dengar kata ada beberapa yb pakatan yang akan keluar parti. tapi tadi kak enon tengok dalam tv3 rupanya mereka cuma nak meluahkan rasa tak puas hati aje. ish..ishh.
biarpun sebelum ni ade juga isu isu panas yang timbul. tapi Yb 'tak tau' azizan buat derk je. suka buat stetmen 'tak tau..tak tau!'. ye lah ingatkan selama ni kerajaan negeri di bawah kepimpinan datuk 'tak tau' azizan tak pernah buat perkara-perkara yang tak betul. pendek kata pentadbiran beliau berjalan lancar. jadi tak perlulah nak kecoh kecoh.
harapan panas hingga ke petang tapi akhirnya mereka terpaksa buka mulut juga. cara yb lim soon nee nak cakap berterus terang pun macam acuh tak acuh. membebel ngalahkan kawan kak enon si esah pulak! sewaktu sidang akhbar rupanya cuma nak suarakan rasa tak puas hati sebab tak ramai ahli dari DAP yang pegang jawatan dalam pentadbiran. tak kan itu aje kot?
DAP mahukan lebih suara walaupun cuma berapa kerat aje yg menang pru12 lalu. manakala 2 wakil cina dan 1 melayu PKR pula tak mahu ketinggalan sama. sebelum ni adun batu arang tan shu wei dah pun keluar parti akibat tak puas hati. tapi tan chow kang (adun sidam) yang dilantik pun meluahkan rasa tak puas hati juga!. ape dah jadi? yang menariknya dalam masa yb lim membebel tu macam ada benda lain yang tak kena. seperti yang beliau nyatakan, rakan rakan (termasuk beliau) yang lain mungkin takut nak cakap hal yang sebenar sewaktu di pentas mlm tadi. simpan dalam hati je la yea..
takut kenapa? takut nak dedahkan sesuatu yang tak betul telah benar benar terjadi? atau memang saje nak buat gimik untuk cover-up kerajaan negeri? bila wartawan ajukan soalan kepada yb 'tak tau' azizan, jawabannya seperti biasa..
pasti ada perkara yang masih tak beres lagi ni yang masih di rahsiakan. sampai bila yb? lama kelamaan kamu ketahuannnn sihhh hi hi hi