Saturday, April 24, 2010

Anwar Ibrahim Tak Layak Jadi Penasihat Ekonomi Selangor




Tanya sesiapa je..Anwar memang tak layak jadi penasihat Ekonomi negeri Selangor...

Dia cuma pandai bercakap..tang buat kerja semua tak jalan... Boleh jalanlah Anwar..

Tergamak Anwar Ibrahim gelar bukan Melayu sebagai PENDATANG




Hehe.. Anwar Ibrahim nak jaga semua kaum. Tapi kenapa dulu dia sanggup gelarkan bukan melayu sebagai pendatang?

Sah..sah pakar liwat ni makhluk putar ALAM..

Tak Usahlah Pilih Orang Mabuk - Tun Dr Mahathir




Ucapan Tun Dr Mahathir di Serendah, Hulu Selangor pada 22/04/2010.

Tuesday, April 20, 2010

P94: Ayuh ramai-ramai keluar PKR

2 pemimpin Wanita PKR Perak sertai UMNO - Berita Harian
Komen Kak Enon - dalam masa terdekat sebelum hari mengundi, di jangka ramai yang akan keluar dari pkr kerana merasakan perjuangan mereka telah menyimpang dan sia-sia belaka. dakwaan bang nwar mengatakan bahwa ini sesuatu yang bagus kerana ia dapat 'membersihkan' parti dari individu-individu yang seolah-olah mempunyai agenda tersendiri. Azmin pulak dakwa ini semua permainan panglima BN. hi hi hi kak enon terasa nak gelak kuat-kuat je kat ruang tamu ni bila tengok telatah bang nwar dan azmin ni. ishh nasib baik kawan-kawan dah keluar.
Kak Enon nak tanya kat bang nwar pulak macam mana pula kes 'barang kondem BN' yang berlonggok dalam stor pakatan. masih kah bang nwar nak simpan 'barang-barang rejek dan kondem' tu dalam stor sekadar nak memenuhkan ruang stor manakala membiarkan barang lama/antik dan masih elok serta boleh di pakai, di biarkan lusuh begitu saja? akhirnya bang nwar memilih "barang kondem" untuk di jadikan perhiasan. bang nwar dah bute ke? aduhaii bang..bang..
kalau barang antik tu ok lah jugak. sebab semakin lama barang tu di simpan maka semakin tinggi la harga pasarannya. tapi bang nwar lebih suka menyimpan barang kondem yang dah tertanggal bahagian-bahagian komponen, dah tercabut giginya, dah longgar skrunya dan pelbagai lagi part-part yang dah tercabut di sana sini.
Tapi elok juga kalau bang nwar buang aje semua sekali barang-barang yang ada dalam stor tu. tak kira lah yang masih elok atau dah tak boleh di pakai kerana pada akhirnya yang tinggal hanya lah bateri 3A yang dah kehabisan kuasa hi hi hi
p/s: kak enon suka kumpul barang antik yang tak pakai bateri hi hi hi

Friday, April 16, 2010

P94: Scratching Tiger Hidden Agenda


Kak Enon ambil dari Berita Harian

Rayuan Anwar terhadap keputusan kekal tuduhan liwat pada 4 Mei

PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan tuduhan liwat terhadapnya akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei depan.

Peguam bela Anwar, S N Nair memberitahu pemberita bahawa beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui faks.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.
Anwar, 63, mahu agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat berdasarkan penemuan laporan perubatan oleh tiga doktor bahawa "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum".

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.
Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei. - Bernama

Komen Kak Enon - Tangguh!..tangguh!..tangguh!..lepas ni bang nwar nak bersilat lagi ke? hi hi hi

P94: Zaid calon islamik atau plastik?

Kak Enon ambil dari Berita Harian

Kerajaan sentiasa semarak syiar Islam: TPM

HULU SELANGOR: Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan syiar Islam di negara ini, selaras usaha melahirkan umat Islam yang maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berhasrat melihat Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) muncul sebagai pusat pendidikan bertaraf Kolej Universiti.

"Usaha kerajaan kita untuk menyemarakan syiar Islam dalam negara kita dan di antara yang lebih penting untuk kita memberi peluang pendidikan mengenai al-Quran...bukan saja dapat membacanya tetapi juga menghayati isi kandungannya.

"Harapan warga pendidik di sini adalah untuk melihat institusi ini meningkat kedudukannya...saya juga bersama dengan saudara berkongsi hasrat supaya untuk tempoh yang tidak agak lama, maka Darul Quran dapat diiktiraf sebagai kolej ataupun universiti," katanya ketika berucap pada pertemuan dengan warga Darul Quran di sini, petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata, selaras kemajuan negara yang pesat dan diktiraf negara Islam lain sebagai negara maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

"Ini kerana kemajuan dalam ilmu pendidikan penting bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan di peringkat global dan kemajuan fizikal tidak membawa makna tanpa ilmu pengetahuan," katanya.
Darul Quran yang berada di bawah seliaan Jakim membelanjakan kira-kira RM12 juta bagi bagi membiayai program di pusat pengajian itu dan sebanyak RM3 juta pula diperuntukan sebagai biasiswa.

Komen Kak Enon - Kak enon setuju benar dengan ucapan TS Muhyiddin dan kak enon sokong 101%!. sebenarnya sejak dahulu lagi kerajaan yang ada sekarang dah lama mengamalkan syiar islam yang sederhana mengikut ahlil sunnah waljamaah. islam di malaysia semakin subur dan terus subur bagaikan bunga mekar yang tak pernah layu. buktinya semakin banyak institusi-institusi perbankan komersial yang berlandaskan syariah. Tak cukup dengan tu, kerajaan membina Universiti yang berteraskan islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa dimana tak kurang ramai penuntut dari luar negara yang datang menimba ilmu.

Beribu-ribu masjid dan surau di dirikan. di sepanjang lebuhraya, di kampung-kampung, waima di kawasan bandar sekalipun, semuanya untuk kemudahan umat islam menunaikan ibadah termasuklah ahli pembangkang yang tak sedar diri. Rancangan-rancangan bercorak keagamaan yang berkumandang di udara mahupun di kaca televisyen juga tak pernah di abaikan. Rancangan berunsur kerohanian, forum agama, ruangan interaktif al-quran, dan rancangan realiti seperti bertilawah juga tidak ketinggalan.

Tapi adakah pembangkang peduli dan hanya tau mencemuh akan apa yang mereka sendiri telah nikmati selama bertahun-tahun? kak enon faham sangat dengan keletah pembangkang yang "jaki" dengan usaha yang di jalankan oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menaikkan martabat islam di mata dunia. Dan yang lebih teramat pedih di pihak pembangkang apabila segala usaha kerajaan memacu negara sebagai negara islam membangun mendapat pengiktirafan oleh pemimpin-pemimpin dunia khususnya dari negara-negara islam di teluk.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin negara, tak perlulah di layan sangat perangai kekwat pakatan pembangkang ni. kalau nak di ikutkan rentak mereka, sampai bila pun negara tak kan maju. asyik nak berpolitik 24 jam!. naik menyampah pulak kak enon tengok hi hi hi.