Saturday, April 3, 2010

Kit Siang: Cabaran tak kena tempat?


Kak Enon ambil dari Sinar harian

Kit Siang cabar 17 menteri isytihar diri rakyat Malaysia KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang mencabar 17 Menteri Kabinet mengisytiharkan diri adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu sebelum disusuli membuat pengakuan mereka adalah dari kaum Melayu, Cina, India dan suku kaum lain.

Katanya, cabaran itu itu adalah seiring dengan idea gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan reaksi kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang mengisytiharkan diri sebagai Melayu dahulu, baru rakyat Malaysia.

”Saya berasa sedih kepada Perdana Menteri kerana beliau yang mencetus idea 1Malaysia, dan beliau seharusnya berasa malu dengan kenyataan timbalannya (Muhyiddin) itu,” katanya di lobi Parlimen, semalam. Di GEORGETOWN Muhyiddin yakin rakyat boleh menilai apa yang telah dilakukannya dalam kerajaan sama ada beliau seorang pemimpin bersifat perkauman atau sebaliknya.

“Saya berpendapat, biar rakyat menilai sendiri apa yang telah saya kata dan lakukan dan saya yakin, rakyat boleh menilainya dengan baik dan saya tidak perlu seorang yang bernama Kit Siang untuk buat pertimbangan pilihannya sendiri,” katanya.

komen kak enon:

Lim Kit Siang masih belum sedar dari mimpi? kenapa beliau tidak melontarkan cabaran itu terhadap mereka-mereka yang mendokong middle malaysia? apa dah jadi dengan malaysian malaysia dan middle malaysia?. rupanya dia hanya berkokok di siang hari tapi ekor masih bergelumang dengan tahi

P/s: rakyat sudah menilai sape pakatan rakyat yang sebenar-benarnya.

5 comments:

Mohd said...

DAP adalah parti cauvanis Cina yg memikirkan kepentingan orang Cina sahaja. Tengoklah contoh2 di Penang, Perak dan Selangor. Mereka tidak ada semangat setia kpd M'sia. Nak bawa balik Ching Peng konon!
Itu pun Melayu PAS bodoh tak sedarkan diri nak beri sokongan kpd DAP dan PKR! Kononnya Melayu dapat jadi MB dah megah dah. Yang menjalankan agenda adalah DAP utk kepentingan kaum Cina sahaja. Tengok contoh ladang babi di Selangor dan skandal YBK!
Melayu akan menang sorak tapi kampung tergadai.

Average Joe said...

Assalamualaikum Kak Enon dan para pembaca...

Lim Kit Siang memang tak tahu malu. Dia tidak layak mempersoalkan TS Muhyiddin samaada Malaysian 1st atau Malay 1st. Sedangkan kita tahu politikus-politikus cauvinist DAP (and increasingly also MCA and GERAKAN) dari dulu, kini dan selamanya ALWAYS CHINESE FIRST, MALAYSIAN SECOND.

Anonymous said...

pas bodoh kerana mempercayai dap yg lebih rasis. tak hairan sekarang ni lim & son sdg tunggu masa 'sembelih' orang melayu pas dulu

wawasan2020

tv kak enon said...

wasalam cik abang2 sekelian..maaf la sebab kak enon agak sibuk minggu ni. tu yang tak dapat nak ulas atau update blog sejak 2 menjak ni hihi.

terlebih dahulu kak enon ucapkan terima kasih sebab abg2 sudi memberikan komen di sini.

benar seperti kata abg2 sekelian. pas harus melihat semula kedudukan mereka dalam pakatan sebelum terjerumus lebih jauh.

sebagai parti melayu ke-2 terbesar, kak enon berharap tok guru sedar akan kesilapan lalu dan bertaubat serta memikirkan lebih jauh akan perpaduan sesama org melayu di negara ni

p/s: kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
sudi2kan lah cik abg/cik adik komen di sini lagi :)

tv kak enon said...
This comment has been removed by the author.