Monday, April 5, 2010

Shamsul Akin Senyum besar..Perut pun besar



Kak Enon ambil dari The Unspinners..

Terbaru laporan berita malam tadi berkata Palanivel memberi kenyataan bahawa MIC hanya meletakkan satu saja cadangan calun iaitu dirinya. Dengan ini MIC menunjukkan sikap berkeras. Panas darah kawan terhadap pemimpin MIC nak main keras kepala. Dah terang satu langkah yang bodoh pun, dia tak sedar.

Perlu difahamkan pada MIC bahawa jika itu saja calun yang MIC sedia berikan pada BN ini menunjukkan mereka tidak faham apa itu politik. Politik itu berasaskan kerjasama. MIC menunjukkan mereka tidak mahu bekerjasama. Sikap kepimpinan MIC mahu KALAHKAN BN dari dalam tidak boleh dipandang ringan!!!!!

Perkongsian kuasa bermakna kongsi. Dalam berkongsi juga perlu bergilir2. Kerusi HUlu Selangor pertama dimenang oleh UMNO pada tahun 1955. Ia hanya menjadi kerusi MIC pada tahun 1986. Sebelum itu ianya MCA punya.

Dengan Melayu merupakan 57% penduduk di situ, agak2 jentera pilihanraya mana yang terkuat dan mantap yang sudah lebih 50 tahun sedia beralah dan memberi kerusi pada MIC dan MCA. Kalau nak diikutkan, selalu bila UMNO bertanding, jentera MIC dan MCA tidak boleh DIHARAPKAN LANGSUNG untuk membantu!!! Kita aja yang bantu dan berikan kerusi kepada pemimpin mereka untuk menang senang.

Jangan Palanivel ingat MIC cukup kuat hingga boleh suruh pengundi India memulau BN. Dengo sini okay? Tidak ada satu peti undi pun yang Palanivel boleh menang. SEMUA kumpulan India tak mahu dia. Inikah cara untuk menghidupkan kembali MIC????

Jadi jangan buat keputusan tanpa guna otak. Kalau kalah sekali lagi, mati terus kerjaya politik Palanivel. Apa pasal bodoh sangat?????? Nanti satu Malaysia tidak ada kawasan yang sedia berundur untuk Palanivel, lagi susah. Belajar buat tactical retreat.

Kongsi kuasa juga boleh diertikan sebagai kini giliran UMNO jika MIC tidak mahu kerjasama dan tidak ada calun yang layak untuk MENANG. Asyik orang suruh sokong dia saja tapi tak mahu sokong kembali. INi sudah pentingkan diri sendiri namanya.

Sementara itu Shamsul Akin sudah bertambah yakin akan dipilih sebagai calun. Cara dia berjalan di Parlimen pun sudah lain macam punya gaya jalan. Seolah dah dipanggil YB. Kemungkinan besar dia akan dipilih Anwar.

Ada khabar mengatakan Zaid Ibrahim tidak mahu dicalun di situ kerana menganggap dirinya terlalu baru dalam PKR. Inilah kebodohan berpolitik Zaid. Pasti lama-lama penyokong-penyokongnya dari kalangan Little Napolean akan mula fedup dengan Zaid.

Orang UMNO memang dah masak dengan perangai banyak bodoh sombong. Berprinsip tidak kita tempat. Boleh perjahanam prinsip bila naik marah. Mulut tak terkawal seolah2 macam dia seorang saja betul. Mungkin Zaid tahu orang-orang UMNO sedang berdiam berdoa agar dia dicalunkan.

Begitu juga orang UMNO pun turut berdoa Dr Halili kawan baik Anwar dan budak tempatan yang pernah bertanding di sini akan bertanding sekali lagi. Halili ini katanya baik dengan Sultan Pahang dan sudah hampir nak meninggalkan PKR. Kalau dia bertandng, adalah cerita yang buat UMNO menangguk syukur.

Kalau Shamsul Akin ... kena lawan jentera AMK yang kuat cergas dan bertenaga. Perlulah melipatgandakan usaha bagi pihak UMNO. Shamsul pun sudah menunjukkan kesetiaan dan kesungguhan kepada Anwar.

Anwar tahu bahawa tanpa Shamsul, siapa lagi yang sedia menyokongnya dalam kes liwat. Kumpulan Reformis asyik mahu fulus saja. Tak pasti boleh dapat jumlah fraction dari dulu untuk menghidupkan Reformasi.

Anwar terima hakikat bahawa Shamsul disukai oleh Azmin. Dia pasti tidak mahu "hubungan istumewanya" dengan Azmil terjejas. Susah nak pujuk bila Azmin dah hentak2 kaki. Melepas urut, onani dan sodomi.

Pasti Anwar sedar bahawa memilih Shamsul bermakna ia meredakan cerita2 mengenai sodomi. Shamsul bukan diminati Anwar kerana kemetot, tak hensem dan pipi tak licin. Mmeang tak terlintas hati Anwar nak mintak "urut" dari Shamsul.

Sekarang cuma masaalah cerita mengenai dia terkencing dalam seluar menghadapi Pemuda UMNO di Melaka semasa membuat klaporan polis terhadap Ali Rustam. Ini perlu ditangani. Antara spin yang sudah dirancang adalah Shamsul berani dan boleh memberanikan diri walaupun terkencing2 ... hahaha.

No comments: