Wednesday, April 14, 2010

P94: PR semakin terdesak

Kak Enon ambil dari Agendadaily

Selain pimpinan PKR, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang Awang turut ada di atas pentas dalam dewan itu bersama-sama Ketua Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin,Dr Badrul Amin,Presiden MTUC Syed Shahrir Syed Mohamed serta Datuk Dr Halili Rahmat yang sebelum ini turut disebut-sebut mungkin jadi calon PKR.

Di sebalik semua ini para pemerhati politik melihat Anwar terpaksa gempak lebih dalam perang sarafnya untuk menjual nama Zaid kepada para pengundi di Hulu Selangor.

Zaid,seorang bekas menteri dan pemilik syarikat guaman terbesar di negara ini, mungkin satu nama besar dalam arena politik.Namun beliau ada banyak apa yang orang politik sebut sebagai baggage.

Banyak yang dikatakan boleh diselongkar tentang peribadi dan liku-liku mainan politiknya sekalipun namanya belum terpalit dalam apa-apa skandal.

Sebab itu sekalipun Anwar dakwa UMNO Selangor kecut perut dengar nama Zaid tetapi dari cakap-cakap politik di sana sini di kalangan pimpinan UMNO ‘ mengalu-alukan’ PKR memilih bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu masuk gelanggang Hulu Selangor.

"Kita tahu luar dan dalam latar belakang Zaid. Ini mungkin yang terbaik bagi PKR (pemilihan calon), tetapi ia lebih baik bagi BN.” – itu kata Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada wartawan ketika diminta tentang Zaid.

Katanya BN tidak bermasalah untuk berdepan dengan mana-mana calon di situ, walaupun Zaid adalah bekas menteri Kabinet BN sendiri.

"BN cukup mengetahui latar belakang calon itu dan ia boleh digunakan oleh jentera parti BN untuk memberi sedikit penjelasan kepada penduduk di kawasan tersebut,'' ujar Muhyiddin.

Beliau baru memberi sedikit bayangan apabila berkata ,"kalau sesiapa yang ingin mengetahui berhubung latar belakang Zaid, pergilah ke Kota Bharu, Kelantan. Tanyalah apa yang telah dilakukannya di sana semasa jadi menteri dan Ketua Bahagian UMNO dahulu," ujarnya.

Di alam siber pula sebilangan blogger pula secara terbuka sudah mempersendakan apa yang mereka dakwa satu kegemaran peribadinya yang boleh membuat pengundi fikir 10 kali untuk memangkah namanya.

Ada juga yang meletakkan harapan para penyokong PAS di Hulu Selangor tidak mudah lupa tindakan Zaid pernah mengemukakan saman untuk menyekat usaha parti itu untuk melaksanakan undang-undang Hudud semasa menjadi Ahli Parlimen BN di Kota Bharu tidak lama dulu.

Mungkin atas sebab ini semasa hendak mengakhiri ucapannya selepas diumumkan sebagai calon,Zaid memberitahu hadirin beliau ingin kirim salam Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini sedang menunaikan umrah di Mekah.

Katanya beliau ada menelefon Nik Aziz untuk memohon restu Menteri Besar Kelantan itu.

Namun difahamkan DAP pula melihat Zaid yang dikatakan berfikiran cukup liberal sangat memenuhi citarasa perjuangan politik mereka.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw yang berucap berapi-api di majlis berkenaan meminta seluruh masyarakat Cina memberi dokongan penuh pada calon PKR itu.

Untuk meleraikan pandangan beliau ‘orang luar’ Zaid berkata beliau sudah 30 tahun tinggal di Selangor.

Malah dalam risalah bertajuk “ Datuk Zaid Ibrahim harapan baru kepada Hulu Selangor ‘ yang diedarkan kepada hadirin di majlis itu beliau mendakwa cukup faham dengan masalah di Selangor.

Beliau juga menjual pendirian tegasnya sanggup meletak jawatan menteri atas dakwaan kerajaan salahguna ISA untuk menahan beberapa orang awam pada tahun 2008.

Ramai juga yang hairan kenapa Zaid?

Ini kerana ada sebilangan nama anak tempatan yang boleh diketengahkan sebagai calon termasuk Dr Halili ,orang Hulu Yam yang pernah bertanding di Hulu Selangor.

Jika sebelum ini ada yang mengandaikan Anwar hendak jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai sebahagian daripada agenda besar politiknya, Selasa malam beliau secara tidak langsung boleh ditafsirkan mengakuinya.

Kita serius...kita betul-betul nak lawan..nak hantar panglima kita yang cukup handal ke parlimen,” katanya.

Ia mengesahkan apa yang dinyatakan oleh sumber PKR kepada Agendadaily sebelum ini bahawa Anwar memang nak jadikan Zaid sebagai ‘panglima perang’ dalam Dewan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak dalam bab ‘ gempak’ .Cara beliau cuba naikkan saham Datuk Zaid Ibrahim sewaktu mengumumkan namanya sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen pilihanraya kecil Hulu Selangor memang memukau mereka yang boleh termakan bulat-bulat cakapnya.

Dewan Pusat Komuniti Serendah di mana berlangsungnya majlis pengumuman itu yang dihadiri oleh lebih 3,000 orang menjadi saksinya.

Entah dari mana beliau kutip cerita ini, namun Penasihat PKR itu dengan nada penuh yakin memberitahu hadirin bagaimana UMNO Selangor jadi kecut perut apabila mendengar nama Zaid dipilih sebagai calon.

Beliau mendakwa para pemimpin UMNO Selangor kelam kabut mengadakan mesyuarat tergempar petang Selasa untuk merumuskan keputusan bagi menuntut balik kerusi itu dari MIC agar calon UMNO yang bertanding.

“Kita di parlimen mahu rakan-rakan masuk kejutkan UMNO yang angkuh dan rakus itu. Kita tahu apabila dengar Zaid calon, UMNO Selangor buat mesyuarat tergempar petang tadi nak tuntutan kawasan ini …nak dirampas dari MIC.

UMNO Selangor… belum umum… dengar-dengar dah buat mesyuarat tergempar dah..saya tak kira calon Palani atau siapa ke..,.” katanya.

Dakwaan itu mendapat sambutan gemuruh hadirin sedangkan ramai di kalangan wartawan yang membuat liputan majlis itu tercengang kerana tidak dengar apa ceritanya tentang UMNO Selangor nak menuntut balik kerusi itu daripada MIC.

Wajah Zaid kelihatan berseri-seri mendengar cara Anwar glorify kehebatannya sebagai ayam tambatan PKR untuk pilihanraya kecil itu.

Apa yang boleh diandaikan Anwar mungkin tidak melihat nama-nama kecil orang tempatan seperti Dr Halili akan beri nilai tambah pada agenda politiknya di peringkat nasional.

Lagipun bukan rahsia lagi beliau mengharapkan Zaid untuk menggalas perjuangan PKR jika sangkut dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Atas sebab itu tidak menghairankan jika beliau mengenepikan semua pandangan agar anak tempatan dijadikan calon PKR dalam pilihanraya kecil ini dan ‘melambong habis’ nama dan kehebatan Zaid.

Ada juga di kalangan ahli PKR yang hairan mengapa Azmin Ali tidak ada dalam dewan di Serendah semasa pengumuman nama Zaid dibuat.

Ini kerana sudah berlegar cakap-cakap mengatakan Naib Presiden PKR itu sendiri kurang senang dengan pemilihan Zaid sebagai calon.

Ada yang membawa cerita kononnya pengiktirafan besar Anwar pada Zaid itu telah mengugat sikit keduduknanya yang sebelum ini diketahui umum sangat istimewa pada orang nombor satu pakatan pembangkang itu.-14/4/2010

komen Kak Enon - Agaknya abg nwar dah kehabisan 'peluru' kot. kalau takde peluru, biji getah pun jadi lah hi hi hi. Kak enon cukup seronok bila nama zaid di 'lambung-lambung' sampai mabuk oleh abg nwar. ye lah bila lagi abg nwar nak manja-manja dengan si zaid botol tu. inilah masa dan ketikanya untuk masuk jarum. ala apa nak di fikirkan sangat tentang azmin tu. ape gunakan akar bila dah dapat gading bertuah? pemimpin datang, pemimpin pergi. sampai masa abg nwar pergi, kaki botol dah siap sedia menanti.

Tentang perangai abg nwar yang suka tembak membabi buta pun kadangkala bagus jugak untuk BN. bila dah habis guna semua peluru di tuju ke arah BN, sudah tentulah BN boleh 'recycle' peluru tu untuk di guna semula menembak abg nwar dan rakan-rakan maskotnye hi hi hi.

seperti yang kak enon katakan sebelum ni. bila pihak lawan dah kasi bola tanggung masak ranum, jangan lepas peluang yang terhidang. biar orang kata dia nak test market ke nak ape ke, pedulikan. smash aje! gerenti abg zaid botol tak dapat nak tepis walaupun dia guna botol wisky. yang pasti abg nwar dan suku sakatnya amat takut dengan slogan 1Malaysia yang semakin kuat berkumandang di Hulu Selangor. dengar kata ramai pengundi-pengundi di sana dah serik kena tipu. "dulu nenek ingatkan bila pangkah anwar, nasib nenek dengan cucu terbela. harapkan bantuan dari kerajaan negeri supaya dapat ringankan beban nenek nak tanggung 4 orang cucu tapi hampa. inilah peluang kedua nenek nak tukar YB yang betul-betul buat keje" kata seorang nenek di serendah. hmmm kak enon teringat nasib ibu tunggal yang di halau dari flet tak lama dulu. geram betul kak enon sampai sekarang..eeeee. kak enon cuma geleng kepala sambil menghulurkan RM50 kat nenek tu tanda simpati.

No comments: