Friday, April 16, 2010

P94: Scratching Tiger Hidden Agenda


Kak Enon ambil dari Berita Harian

Rayuan Anwar terhadap keputusan kekal tuduhan liwat pada 4 Mei

PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan tuduhan liwat terhadapnya akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei depan.

Peguam bela Anwar, S N Nair memberitahu pemberita bahawa beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui faks.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.
Anwar, 63, mahu agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat berdasarkan penemuan laporan perubatan oleh tiga doktor bahawa "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum".

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.
Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei. - Bernama

Komen Kak Enon - Tangguh!..tangguh!..tangguh!..lepas ni bang nwar nak bersilat lagi ke? hi hi hi

P94: Zaid calon islamik atau plastik?

Kak Enon ambil dari Berita Harian

Kerajaan sentiasa semarak syiar Islam: TPM

HULU SELANGOR: Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan syiar Islam di negara ini, selaras usaha melahirkan umat Islam yang maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berhasrat melihat Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) muncul sebagai pusat pendidikan bertaraf Kolej Universiti.

"Usaha kerajaan kita untuk menyemarakan syiar Islam dalam negara kita dan di antara yang lebih penting untuk kita memberi peluang pendidikan mengenai al-Quran...bukan saja dapat membacanya tetapi juga menghayati isi kandungannya.

"Harapan warga pendidik di sini adalah untuk melihat institusi ini meningkat kedudukannya...saya juga bersama dengan saudara berkongsi hasrat supaya untuk tempoh yang tidak agak lama, maka Darul Quran dapat diiktiraf sebagai kolej ataupun universiti," katanya ketika berucap pada pertemuan dengan warga Darul Quran di sini, petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata, selaras kemajuan negara yang pesat dan diktiraf negara Islam lain sebagai negara maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

"Ini kerana kemajuan dalam ilmu pendidikan penting bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan di peringkat global dan kemajuan fizikal tidak membawa makna tanpa ilmu pengetahuan," katanya.
Darul Quran yang berada di bawah seliaan Jakim membelanjakan kira-kira RM12 juta bagi bagi membiayai program di pusat pengajian itu dan sebanyak RM3 juta pula diperuntukan sebagai biasiswa.

Komen Kak Enon - Kak enon setuju benar dengan ucapan TS Muhyiddin dan kak enon sokong 101%!. sebenarnya sejak dahulu lagi kerajaan yang ada sekarang dah lama mengamalkan syiar islam yang sederhana mengikut ahlil sunnah waljamaah. islam di malaysia semakin subur dan terus subur bagaikan bunga mekar yang tak pernah layu. buktinya semakin banyak institusi-institusi perbankan komersial yang berlandaskan syariah. Tak cukup dengan tu, kerajaan membina Universiti yang berteraskan islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa dimana tak kurang ramai penuntut dari luar negara yang datang menimba ilmu.

Beribu-ribu masjid dan surau di dirikan. di sepanjang lebuhraya, di kampung-kampung, waima di kawasan bandar sekalipun, semuanya untuk kemudahan umat islam menunaikan ibadah termasuklah ahli pembangkang yang tak sedar diri. Rancangan-rancangan bercorak keagamaan yang berkumandang di udara mahupun di kaca televisyen juga tak pernah di abaikan. Rancangan berunsur kerohanian, forum agama, ruangan interaktif al-quran, dan rancangan realiti seperti bertilawah juga tidak ketinggalan.

Tapi adakah pembangkang peduli dan hanya tau mencemuh akan apa yang mereka sendiri telah nikmati selama bertahun-tahun? kak enon faham sangat dengan keletah pembangkang yang "jaki" dengan usaha yang di jalankan oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menaikkan martabat islam di mata dunia. Dan yang lebih teramat pedih di pihak pembangkang apabila segala usaha kerajaan memacu negara sebagai negara islam membangun mendapat pengiktirafan oleh pemimpin-pemimpin dunia khususnya dari negara-negara islam di teluk.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin negara, tak perlulah di layan sangat perangai kekwat pakatan pembangkang ni. kalau nak di ikutkan rentak mereka, sampai bila pun negara tak kan maju. asyik nak berpolitik 24 jam!. naik menyampah pulak kak enon tengok hi hi hi.

Thursday, April 15, 2010

P94: STOP THE PRESS!!

Tindakan Adun Bakar Arang keluar PKR tepat pada masanya: TPM

HULU SELANGOR: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dan menjadi wakil Bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ia adalah satu isyarat kepada pengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor khususnya bahawa lebih ramai anggota parti itu semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.

"Masanya memang tepat, supaya ia akan berikan satu isyarat kepada pengundi di sini bahawa di banyak kawasan di peringkat Parlimen, kita sudah tahu siapa yang sudah keluar daripada PKR.

"PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota dan pemimpin mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Pusat Gerakan BN di Bukit Sentosa di sini.

Muhyiddin berkata, tindakan semakin ramai anggota parti itu keluar parti membuktikan mereka berpendapat bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia dan terpedaya dengan kata-kata hebat pemimpin parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan.

"Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini tidak bermakna apa-apa," katanya.
Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".

Brikutan tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua Bebas. - Bernama

Komen Kak Enon - PKR boleh lah di ibaratkan sudah jatuh di timpa tangga, di hempap pula dengan berkat doa turun bala oleh tok guru yang bijaksana. Kak Enon tak terkejut jika ada lebih ramai lagi pengikut-pengikut yang akan keluar dari perjuangan auta bang nwar. tengok aje lah aksi gempak a.k.a temberang jual ubat bang nwar sewaktu penamaan bang zaid botol sebagai calon di HS semalam hi hi hi. pasti ramai yang tak kering gusi melihat ceramah ala-ala funfair gitu.

bang nwar lagi lah seronok tengok ramai yang gelak terbahak-bahak bila dia mula putar cerita 360 darjah di depan para hadirin yang datang mendengar ceramahnya. tapi tak sah kalau dalam setiap ceramah beliau tak di selitkan elemen auta buat penyedap halwa telinga. bagi penyokong tegar bang nwar pasti menelan bulat-bulat apa saja 'kencingan' bang nwar sebab dah lali. ada sebahagian lagi baru separuh bahagian ceramah dah angkat kaki dulu. mungkin mereka dah lali jugak dengan 'kencingan' bang nwar sebab asyik beleter benda yang samaaaaaaa jek. uh membosankan!.

itu yang membuatkan ramai pemimpin-pemimpin pkr yang lain agak gusar dan pening kepala dengan permainan politik bang nwar yang sentiasa membelit tak kira masa. takut silap haribulan boleh membelit diri mereka sendiri. mereka mula sangsi dengan apa yang cuba di lakonkan oleh bang nwar dan little pharaoh di peringkat atasan parti. maklumlah bang nwar kan pelakon hebat hi hi hi. tak hairanlah bang nwar pernah di nobatkan antara 100 individu paling berpengaruh (pengaruh auta la tu) di dunia oleh sahabatnya sendiri hi hi hi.


P94: Reckless 'Driving' can KILL



P94: a peoples's choice!



Wednesday, April 14, 2010

P94: PR semakin terdesak

Kak Enon ambil dari Agendadaily

Selain pimpinan PKR, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang Awang turut ada di atas pentas dalam dewan itu bersama-sama Ketua Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin,Dr Badrul Amin,Presiden MTUC Syed Shahrir Syed Mohamed serta Datuk Dr Halili Rahmat yang sebelum ini turut disebut-sebut mungkin jadi calon PKR.

Di sebalik semua ini para pemerhati politik melihat Anwar terpaksa gempak lebih dalam perang sarafnya untuk menjual nama Zaid kepada para pengundi di Hulu Selangor.

Zaid,seorang bekas menteri dan pemilik syarikat guaman terbesar di negara ini, mungkin satu nama besar dalam arena politik.Namun beliau ada banyak apa yang orang politik sebut sebagai baggage.

Banyak yang dikatakan boleh diselongkar tentang peribadi dan liku-liku mainan politiknya sekalipun namanya belum terpalit dalam apa-apa skandal.

Sebab itu sekalipun Anwar dakwa UMNO Selangor kecut perut dengar nama Zaid tetapi dari cakap-cakap politik di sana sini di kalangan pimpinan UMNO ‘ mengalu-alukan’ PKR memilih bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu masuk gelanggang Hulu Selangor.

"Kita tahu luar dan dalam latar belakang Zaid. Ini mungkin yang terbaik bagi PKR (pemilihan calon), tetapi ia lebih baik bagi BN.” – itu kata Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada wartawan ketika diminta tentang Zaid.

Katanya BN tidak bermasalah untuk berdepan dengan mana-mana calon di situ, walaupun Zaid adalah bekas menteri Kabinet BN sendiri.

"BN cukup mengetahui latar belakang calon itu dan ia boleh digunakan oleh jentera parti BN untuk memberi sedikit penjelasan kepada penduduk di kawasan tersebut,'' ujar Muhyiddin.

Beliau baru memberi sedikit bayangan apabila berkata ,"kalau sesiapa yang ingin mengetahui berhubung latar belakang Zaid, pergilah ke Kota Bharu, Kelantan. Tanyalah apa yang telah dilakukannya di sana semasa jadi menteri dan Ketua Bahagian UMNO dahulu," ujarnya.

Di alam siber pula sebilangan blogger pula secara terbuka sudah mempersendakan apa yang mereka dakwa satu kegemaran peribadinya yang boleh membuat pengundi fikir 10 kali untuk memangkah namanya.

Ada juga yang meletakkan harapan para penyokong PAS di Hulu Selangor tidak mudah lupa tindakan Zaid pernah mengemukakan saman untuk menyekat usaha parti itu untuk melaksanakan undang-undang Hudud semasa menjadi Ahli Parlimen BN di Kota Bharu tidak lama dulu.

Mungkin atas sebab ini semasa hendak mengakhiri ucapannya selepas diumumkan sebagai calon,Zaid memberitahu hadirin beliau ingin kirim salam Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini sedang menunaikan umrah di Mekah.

Katanya beliau ada menelefon Nik Aziz untuk memohon restu Menteri Besar Kelantan itu.

Namun difahamkan DAP pula melihat Zaid yang dikatakan berfikiran cukup liberal sangat memenuhi citarasa perjuangan politik mereka.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw yang berucap berapi-api di majlis berkenaan meminta seluruh masyarakat Cina memberi dokongan penuh pada calon PKR itu.

Untuk meleraikan pandangan beliau ‘orang luar’ Zaid berkata beliau sudah 30 tahun tinggal di Selangor.

Malah dalam risalah bertajuk “ Datuk Zaid Ibrahim harapan baru kepada Hulu Selangor ‘ yang diedarkan kepada hadirin di majlis itu beliau mendakwa cukup faham dengan masalah di Selangor.

Beliau juga menjual pendirian tegasnya sanggup meletak jawatan menteri atas dakwaan kerajaan salahguna ISA untuk menahan beberapa orang awam pada tahun 2008.

Ramai juga yang hairan kenapa Zaid?

Ini kerana ada sebilangan nama anak tempatan yang boleh diketengahkan sebagai calon termasuk Dr Halili ,orang Hulu Yam yang pernah bertanding di Hulu Selangor.

Jika sebelum ini ada yang mengandaikan Anwar hendak jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai sebahagian daripada agenda besar politiknya, Selasa malam beliau secara tidak langsung boleh ditafsirkan mengakuinya.

Kita serius...kita betul-betul nak lawan..nak hantar panglima kita yang cukup handal ke parlimen,” katanya.

Ia mengesahkan apa yang dinyatakan oleh sumber PKR kepada Agendadaily sebelum ini bahawa Anwar memang nak jadikan Zaid sebagai ‘panglima perang’ dalam Dewan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak dalam bab ‘ gempak’ .Cara beliau cuba naikkan saham Datuk Zaid Ibrahim sewaktu mengumumkan namanya sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen pilihanraya kecil Hulu Selangor memang memukau mereka yang boleh termakan bulat-bulat cakapnya.

Dewan Pusat Komuniti Serendah di mana berlangsungnya majlis pengumuman itu yang dihadiri oleh lebih 3,000 orang menjadi saksinya.

Entah dari mana beliau kutip cerita ini, namun Penasihat PKR itu dengan nada penuh yakin memberitahu hadirin bagaimana UMNO Selangor jadi kecut perut apabila mendengar nama Zaid dipilih sebagai calon.

Beliau mendakwa para pemimpin UMNO Selangor kelam kabut mengadakan mesyuarat tergempar petang Selasa untuk merumuskan keputusan bagi menuntut balik kerusi itu dari MIC agar calon UMNO yang bertanding.

“Kita di parlimen mahu rakan-rakan masuk kejutkan UMNO yang angkuh dan rakus itu. Kita tahu apabila dengar Zaid calon, UMNO Selangor buat mesyuarat tergempar petang tadi nak tuntutan kawasan ini …nak dirampas dari MIC.

UMNO Selangor… belum umum… dengar-dengar dah buat mesyuarat tergempar dah..saya tak kira calon Palani atau siapa ke..,.” katanya.

Dakwaan itu mendapat sambutan gemuruh hadirin sedangkan ramai di kalangan wartawan yang membuat liputan majlis itu tercengang kerana tidak dengar apa ceritanya tentang UMNO Selangor nak menuntut balik kerusi itu daripada MIC.

Wajah Zaid kelihatan berseri-seri mendengar cara Anwar glorify kehebatannya sebagai ayam tambatan PKR untuk pilihanraya kecil itu.

Apa yang boleh diandaikan Anwar mungkin tidak melihat nama-nama kecil orang tempatan seperti Dr Halili akan beri nilai tambah pada agenda politiknya di peringkat nasional.

Lagipun bukan rahsia lagi beliau mengharapkan Zaid untuk menggalas perjuangan PKR jika sangkut dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Atas sebab itu tidak menghairankan jika beliau mengenepikan semua pandangan agar anak tempatan dijadikan calon PKR dalam pilihanraya kecil ini dan ‘melambong habis’ nama dan kehebatan Zaid.

Ada juga di kalangan ahli PKR yang hairan mengapa Azmin Ali tidak ada dalam dewan di Serendah semasa pengumuman nama Zaid dibuat.

Ini kerana sudah berlegar cakap-cakap mengatakan Naib Presiden PKR itu sendiri kurang senang dengan pemilihan Zaid sebagai calon.

Ada yang membawa cerita kononnya pengiktirafan besar Anwar pada Zaid itu telah mengugat sikit keduduknanya yang sebelum ini diketahui umum sangat istimewa pada orang nombor satu pakatan pembangkang itu.-14/4/2010

komen Kak Enon - Agaknya abg nwar dah kehabisan 'peluru' kot. kalau takde peluru, biji getah pun jadi lah hi hi hi. Kak enon cukup seronok bila nama zaid di 'lambung-lambung' sampai mabuk oleh abg nwar. ye lah bila lagi abg nwar nak manja-manja dengan si zaid botol tu. inilah masa dan ketikanya untuk masuk jarum. ala apa nak di fikirkan sangat tentang azmin tu. ape gunakan akar bila dah dapat gading bertuah? pemimpin datang, pemimpin pergi. sampai masa abg nwar pergi, kaki botol dah siap sedia menanti.

Tentang perangai abg nwar yang suka tembak membabi buta pun kadangkala bagus jugak untuk BN. bila dah habis guna semua peluru di tuju ke arah BN, sudah tentulah BN boleh 'recycle' peluru tu untuk di guna semula menembak abg nwar dan rakan-rakan maskotnye hi hi hi.

seperti yang kak enon katakan sebelum ni. bila pihak lawan dah kasi bola tanggung masak ranum, jangan lepas peluang yang terhidang. biar orang kata dia nak test market ke nak ape ke, pedulikan. smash aje! gerenti abg zaid botol tak dapat nak tepis walaupun dia guna botol wisky. yang pasti abg nwar dan suku sakatnya amat takut dengan slogan 1Malaysia yang semakin kuat berkumandang di Hulu Selangor. dengar kata ramai pengundi-pengundi di sana dah serik kena tipu. "dulu nenek ingatkan bila pangkah anwar, nasib nenek dengan cucu terbela. harapkan bantuan dari kerajaan negeri supaya dapat ringankan beban nenek nak tanggung 4 orang cucu tapi hampa. inilah peluang kedua nenek nak tukar YB yang betul-betul buat keje" kata seorang nenek di serendah. hmmm kak enon teringat nasib ibu tunggal yang di halau dari flet tak lama dulu. geram betul kak enon sampai sekarang..eeeee. kak enon cuma geleng kepala sambil menghulurkan RM50 kat nenek tu tanda simpati.

Tuesday, April 13, 2010

Bola tanggung: Zaid calon PR Hulu Selangor

"maskot PR Hulu Selangor - 3 berahim"

Wah..nampaknya Kak Enon rasa BN ada chan 'pukul habis' di Hulu Selangor. Pakatan pembangkang dengar kata telah menamakan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor. Kak Enon hanya tersengih sampai ke telinga aje la bile mendengar desas desus cerita yang terkini hi hi hi. Bola tanggung dah di hantar ke gelanggang BN. ape tunggu lagi?

Ye lah walau apa pun tak semestinya bila dapat bola tanggung tu BN dapat smash kaw-kaw jikalau 'pemain-pemain'nya tak tau cara nak melibas bola dengan betul. Kelak diri sendiri juga yang rugi. Tapi Kak Enon tetap menaruh kepercayaan dengan jentera BN yang bakal di kendali oleh Datuk Razali Ibrahim.

Way to go datuk!..Kak Enon ucapkan all the best to you and let the sweet victory savour by all of us at the end.

1Malaysia: Anwar fobia

Kak Enon ambil dari Utusan Malaysia

Najib yakin hubungan KL-Washington lebih positif

WASHINGTON 13 April - Malaysia melihat hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat akan menjadi lebih positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pertemuan sulung beliau dengan Presiden Barack Obama di sini, semalam.

Katanya, kedua-dua negara berada pada permulaan baru yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keamanan serantau.

Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata, Obama menyatakan beliau puas hati dengan hubungan dua hala itu dan beliau juga melihat perkembangan yang sangat positif di Malaysia.

Beliau berkata, kesediaan Obama untuk mendengar dan melibatkan negara Islam serta tidak mengambil pendekatan bermusuhan dengan dunia Islam berbeza dengan rejim Bush sebelumnya.

"Saya rasa perubahan oleh pentadbiran baru ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bukan sekadar pada corak dan pendekatan tetapi juga pada isinya,” kata Perdana Menteri yang mengadakan perbincangan dengan Obama sebelum bermulanya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula di sini pada Isnin. - Bernama


Komen Kak Enon - Hmm kak enon teringat kat mamat sorang tu yang suka sangat menabur fitnah dan mengaibkan maruah negara sendiri di luar negara. Ketika bush berkuasa, mamat ni lah paling ligat kencing sana sini. cari publisiti murahan semata-mata nak cari sokongan geng-geng presiden saiko tu. bila rejim bush dah tamat, mula lah dia tak keruan. Tapi masih lagi dapat simpati dari orang-orang yang giler macam dia. Selagi dia boleh kencing, dia tak akan berhenti. sebab tu mamat ni menentang habis-habisan gagasan 1M'alaysia kerana tak selari dengan cita-cita dia nak jadi PM. Ish ish ish kak enon cuma mampu geleng kepala aje hi hi hi

Anwar Ibrahim Penipu Besar - Penduduk Kg. Buah Pala Jadi Mangsa




Anwar Ibrahim cakap tak serupa bikin..guna ayat Al-Quran kononnya beliau adil pada semua.

Tetapi apa yang terjadi pada penduduk Kg. Buah Pala?

Di bawah Pakatan Rakyat mereka kehilangan tempat tinggal walaupun telah dijanjikan Anwar mereka akan terus menetap di Kg. Buah Pala.

Anwar memang sah penipu besar. Ikutlah cakap Khalid Gagap, kita lakukan perubahan undi calon Barisan Nasional.